Advertisement

Saturday 20 December 2014

Di dadaku Ada Kamu-Amelina Comeback!

"Resah gelisah

Bila tak bertemu denganmu

Siang malam terbayang-bayang

Hari-hariku merindu

Debar berdebar

Bila berada di sisimu

Tahan-tahan aku tak tahan

Melepaskan rasa rindu

Dekatlah padaku

Sambutlah tanganku

Cintaku hanya untukmu......"

Wah!siapa yang tak ingat lagu "Di Dadaku Ada Kamu"  Lagu yang cukup popular selain "Rindu","memori daun pisang" yang di nyanyikan oleh Ratu Dangdut  Amelina.


15 Tahun Amelina menghilang dan boleh di katakan saya juga membesar dengan lagu-lagu hits dendangan beliau,kini selepas 15 tahun Amelina menyatakan hasrat untuk Kembali Mewarnai Industri Seni Tanah Air!

semasa kehilangan Amelina,saya juga turut tertanya-tanya mengapa Ratu Dangdut ini tiba-tiba menghilang,pelbagai persoalan mulai timbul dan untuk melepaskan Rindu terhadap penyanyi ini maka alunan suara amelina dengan lagu lagu hits beliau menjadi pelepas rindu.

Sebagai artis juga mereka tidak lari dari segala permasalahan dunia,sama seperti kita insan biasa yang adakalanya berhadapan dengan pelbagai masalah,bagi saya Amelina hanya perlu kan sebahagian dari hidupnya untuk privacy dan menjalani kehidupan seperti insan lain dan kita wajar menghormati ia kerana kita juga memerlukan privacy hidup masing-masing.

Amelina atau lebih mesra dengan panggilan "Kak Lin" sememangnya seorang yang mesra dan cukup peramah dengan sesiapa saja dan inilah ciri Penghibur sejati yang perlu ada dan wajar di contohi oleh bakat baru.

Comeback Amelina ini meleraikan kerinduan peminat terhadap Penyanyi yang berasal dari Negeri Sembilan Darul Khusus,kini Amelina sudah pun berada di bawah pengurusan Wake The Baby Milik Komposer Terkenal Ajai .

Tentu sekali peminat tidak sabar menanti buah tangan terbaru dari Ratu Dangdut Amelina,adakah Irama Dangdut Bakal Meletopp kembali dengan kepulangan Amelina ke dalam industri ini?nantikan karya terbaik dari Amelina,saya juga tidak sabar untuk menanti single terbaru dari Amelina.

Buat Penghibur Kesayangan Ramai ini,semoga segalanya berjalan dengan lancar dan semoga terus sukses dalam industri ini,work hard kak lin!! go..go..kak lin!".

No comments:

Post a Comment